My Blog List

Monday, December 27, 2010

aktiviti terkini...





Semenjak terbeli mixer baru dan oven baru nie bertambah rajin aku ke dapur...bermacam-macam resepi baru dah cuba..yang nie paling baru..huhuhu kuih telur dinasour..gelaran yang diberi oleh hubby ku..comel sangat..tak caya try tengok gambar kat bawah nie..memang berbaloi sangat beli mixer baru tue..

Dari tak pandai buat kuih dengan kek sekarang dah teror buat kek..bukanya nak meninggi diri yer tapi nak bagi motivasi pada diri sendiri bahawa kalau rajin berusaha inilah hasilnya..kek karamel dah tak ingat biji terhasil..memang best lah kek tue..Pizza kegemaran my hubby pun dah banyak biji ku buat..berbaloi walaupun pun tangan lenguh menguli kerana itu makanan kegemaran suami ku...

Sebenaryan aku memang suka sangat mencuba pelbagai resepi masakan nie..sebab suka tengok orang makan masakan kita..tue jelah..

Thursday, December 16, 2010

kek karemel





sebelum dibakar..

percubaan pertama membuat kek karamel memang best sesangat sebab menjadi..huhu terharu nya bila tengok hasil nya...walaupun tak berapa naik tetapi tetap menjadi dan sedap..nati boleh lah sesiapa nak temph yer..aha macam nak buat bisnes lah plak...

sesudah dibakar

balik keje semalam tak terniat pun nak membaking kek nie..selepas jer habis tengok csi tetiba datang mood untuk membaking kek..lagi pun bahan-bahan nak membuatnya dah lama beli cuma masa jer tak mengizinkan untuk membaking...

Dan inilah hasil nya...suka sangat tengok kaler dia cam aiskem pedle pop..keke nie tak sempai sejam dah licin...takper len kali nak buat lagi..

sesudah dipotong..yum..yum



Tuesday, December 14, 2010

cheese cake...





cubaan pertama macam nie

inilah hasil daripada mixer baru dan oven baru..make terjadi nya cheese cake nie..tapi sangat tidak puas hati bila kek yang pertama kali tidak menjadi...huhu...tensioonnnnn...

tapi tak per cuba lagi len kali..

cubaan kedua camnie dan disapu bluebery


inilah hasi kedua tapi tetap tidak menjadi...

Monday, December 6, 2010

mandi hujan...

sekarang mikaiel semakin agresif dan selalu jer nak meneroka benda-benda yang baru..dan sekarang nie kan musim hujan kat pantai timur..memang anak terunaku ini sangat suka bermain dengan air walaupun air tue sekadar air susu yang dia sengaja tuang daripada botol susunya..memang menirap siap sambil tangan dikuis lebih kurang cam nak berenang jer..hehe

memang dia tersangat obses dengan air..ntah lah gamaknya sebab masa mengandungkan dia aku memang suka sangat main air..ingat lagi masa mengandung 5 bulan lebih-lebih kurang aku pergi berandam dan main air kat taman tema tambun kat perak..lagi aku suka jer pergi mandi pantai walaupun time tue perutku memboyot jer..dan paling ekstrem mandi kat jeram pasu masa tue dah nak sampai bulan aku still lagi boleh panjat batu-batu sampai lah kat kawasan air terjun..huhu

memang sume tengok terkejut aku dengan perutku mandi disitu..tapi tak per my hubby ada jer kat tepi tengok tengok kan aku takut terlebih air pulak...ok terlebih dah..mungkin dari situ kot mikaiel skang nie memang suka sangat dengan air...oleh kerana terlampau minat dengan air ku dengan rela hati membiarkan anak ku main hujan hehe..seronok sangat tengok mikaiel mandi hujan...nasib baik tak demam tapi takper kalau mikaiel demam mummy bawa gie klinik..asalkan mikaiel suka jer main ngan air hujan sambil angkat tong cat tok ku yang dah kosong..memang gagah macam badang jer mummy tengok..suka sangat tengok mikaiel yang bulat tue tergedik gedik main dalam lopak air...tak per mummy memang tak kisah janji anak mummy leh belajar dan leh main dengan sukanya...