My Blog List

Monday, July 25, 2011

Terengganu...


...Masjid Kristal...







mummy dan mikaiel







papa dan mikaiel






aksi romantik papa dan mikaiel...














pantai yang cantik dan bersih
















assalamualaikum...


hari khamis lepas kami satu family iaitu papa,mummy dan mikaiel bercuti ke terengganu... seharian kami kat sana best sangat...thanks sayang saya enjoy sangat holiday bertiga.tenang siket fikiran yang berserabut ku ini..

kat sana kami singgah kat masjid kristal..mikaiel lah yang paling suka..apa tak nya dia lepas bebas berlari kesana kemari tanpa halangan.mummy ngan papa tengok jer takut takut mikaiel terjun sungai..hahaha ..

lepas ke masjid kristal kami round bandar terengganu dan tentunya singgah ke pantai batu buruk yang memang terkenal dengan keindahan pandai nya..makan-makan kat sana dan mikaiel yang paling hepi leh main kat play ground..

masa balik palak kami singgah kat pantai penarik makan colek ikan dan sotong..hhmm yum yum..pantai kat terengganu nie suma cantik cantik...pantai dia dijaga dengan rapi dan bersih...


Monday, July 18, 2011

makaroni bakar



rupa sebelum dibakar...nyum nyum..

first time buat makaroni bakar untuk menyambut birthday mikaiel..... alhamdullillah menjadi walaupun first time buat..resepi ni pun dapat dari pn siti nadhilah haha k.tiey aku promote name ko kat sini..dan tengok-tengok kat internet dan yang lebih banyak edit sendiri..huhu ok tak nak cakap panjang nak share resepi jer..





makaroni bakar...



bahan bahan:-

1 bungkus makaroni san remo *tak guna semua tinggal suku jer sebab banyak sangat
1 bungkus sosej ayam
1 bungkus daging ayam/daging kisar
1 paket mozarella cheese
400ml susu full cream/1 tin susu cair
telur saiz A 7 biji kalau guna saiz C kene 10 biji
4 sudu besar prego
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 labu bawang besar di dadu
3-4 biji lbawang putih dicincang
gula,garam,ajinomoto secukup rasa

cara-cara:-

1. rebus makaroni terlebih dahulu sehingga masak.kemudian toskan air nya.
2. panaskan kuali,tumis bawang putih sehingga kuning kemudian masukkan bawang besar.
3. bila bawang dah layu masukkan daging ayam kisar.
4. masukkan prego dan segala jenis sos kemudian masukkan makaroni dan suai rasa.
5. masukkan sosej.takperlu goreng lama sangat sebab kita nak bakar plak.
6. dalam kuali yang sama masukkan susu dan telur digaul sebati.pastikan api ditutup yer..
7. Okey kemudian masukkan kedalam loyang,tabur mozarella cheese kat atas dan bakar selama 30 minit atau sehinnga masak pada suhu 150.
8. selamat mencuba...


sesudah dibakar dan dipotong


okey selamat mencuba..

Sunday, July 17, 2011

resepi nasi air...




resepi nie senang jer...sebenarnya buat nasi air nie sebab hari tue sakit gigi..nak tumbuh garham bongsu..sakit nya hanya tuhan jer tahu..sakit woooo... nak buka mulut pun susah..so terpaksa lah makan nasi air nie.. lauk pun tak der sebab tak leh nak mengunyah... terus telan bila nasi air nie masuk mulut.. tak perlu tuggu nak kunyah-kunyah sebab sakit punya pasal...

nie resepi nya..

segenggam beras
air secukupnya..

2 cm halia
2 ulas bawang putih
3 ekor udang
2 biji bebola ikan
1 keping fish cake
ikan bilis *secukup rasa lah
bawang goreng untuk hiasan..

cara- cara:-

1. masak nasik sampai beras tue pecah pecah atau jadi lembik
2. tumis bawang putih sampai kekuningan masuk kedalam periuk nasi lembik tadi
3. cincang udang,bebila ikan dan fish cake.kemudian masukkan kedalam periuk..
4. kacau sehinnga masak.. kalau nak kuah lebih tambah air..
5. jangan lupa letak garam dan perasa yer..

selamat mencuba.... kalu sakit gigi jangan letak lauk2 blend jer ikan bilis dan black paper untuk menambah kesedapan..





yang nie tak der lauk ape-ape...nasik air kosong saja...

Sunday, July 10, 2011

persediaan menyambut hari lahir mikaiel..


hmm.sebenarnya dah lepas pun hari jumaat ari tue buat nyer..tapi sebab mummy sakit gigi so tak dapatlah nak citer kat blog nie... hmm memang tak terduga sebenar nya nak sakit gigi nie..tue lah ujian tuhan bila- bila masa jer Dia akan tarik nikmat tue dan akan memberi ujian kepada hambanya untuk melihat sejauh mana hambanya bersyukur... macam aku hari ahad tue okey jer tak der apa apa hmm bangun keesokan harinya terus jer aku sakit gigi..tak leh nak kata ape.. nak senyum lagi tak leh..huhuhu ujian sungguh...

okey ingatkan leh lah sembuh dalam sehari dua..tapi sampai ke entri nie ditulis pun masih lagi berdenyut-denyut tapi tak sehebat seperti hari hari sebelum nya..dah la nak sambut hari lahir mikaiel aduiiii...penat penat..tapi untuk anak teruna mummy tapi gagahkan diri ini untuk menjayakan projek nie..

sebenarnya hari lahir mikaiel jatuh pada hari selasa 5.07.2011 tapi sebab semua orang kerja mummy tunda hingga ke hari jumaat.sebelum sampai tarikh keramat nie mummy dah penat pusing-pusing internet cari kek apa nak buat menu apa nak hidang sapa nak panggil..alih alih tersakit gigi pulak..tapi alhamdullilah berjaya juga...





ubat... oh ubat

satu jer nak cakap kalau sakit makan lah ubat...sungguh!!! memang berkesan.kepada sesiapa yang memang takutkan ubat pikir lah balik..tak rugi pun sebenarnya...

ubat akan berkesan dalam masa sejam lepas kita makan..macam aku sakit gigi hari tue..lepas jer makan ubat tak lama dah boleh bercakap dan hilang lah rasa sakit tue..kalau tak berdenyut-denyut..nak bercakap ngan orang pun tak nak.. mikaiel datang nak bermanja pun aku suh dia main jauh- jauh..sakit punya pasal..

tapi alhamdullillah lepas jer makan ubat terus jer reda rasa sakit tue..


so...

moral of the story jangan takut ubat tau...

hehe..


Sunday, July 3, 2011

maggi ketam...




assalamualaikum...

lama nya meninggalkan blog ku ini..sibuk jer memanjang dan kadang-kadang idea nak menulis tue ada cume dibiarkan berlalu seperti air sungai mengalir jer pergi... maklum lah sekarang dah pegang dua jawatan.. tue yang sibuk bebenor nyer...

ohh ok, citer nie dah lama sebenarnya..ari tue ada gie makan kat tok bali.. haha jauh kan..biasalah my hubby memang suka kalau bab bab makan nie jauh pun tak pe.. dia rela jer drive...aku???? lagi lah suka woitt...boleh gie jenjalan tengok tengok kawasan.. mikaiel?? dia ikut jer janji bawak dia sekali huhuhu..

kalu korang nak tahu kedai yang kami pergi nie terletak selepas jambatan tinggi tok bali...mungkin dalam 2 km selepas jambatan.... maka korang drive lah sampai jumpa lah kedai tue.terletak kat tepi jalan jer..nama kedai nie aku tak pasti tapi ada kain rentang yang tertulis perkataan pulut ikan bakar...

Mai nak kasi tahu aku dan my hubby konon2 nak try lah megi ketam nie..ok order dua mangkuk...sampai jer mangkuk megi dah memang teruja sangat... apa tak nya ketam dia besar wooo... hmm tapi satu jer yang kurang sedap megi dia megi biasa jer..dah ler tak der lauk lain hanya ketam semata2... tapi xper lah layannnn....

maka lepas nie dah berazam taknak makan megi ketam sebab indah khabar dari rupa huhuhu..
layan gambar lah..

jemput makan...