My Blog List

Thursday, May 31, 2012

Bertunang Dan Berkahwin...

Assalamualikum..

Minggu depan dah pun masuk minggu kedua cuti sekolah..sebenarnya bila jer masuk cuti sekolah masa nie lah banyak kenduri kendara yang berlangsung..maklum masa nie lah semua keluarga boleh berkumpul bersama-sama..dan juga masa nie lah memang banyak undang majlis perkahwinan

Contoh aku, kawan kawin jer dah tiga orang...kawan tunang sorang belum masuk lagi waris waris terdekat belah mentua dan family sendiri...aduiii memang kene sediakan hadiah dan perut lah jawabnya...

Bila dah banyak majlis kawen kawen nie maka jalan pun banyak lah jam terutama kat kota bharu nie..tambah tambah cuti sekolah begini memang ramai yang ambil kesempatan pulang ke kampung...

ok nie gambar tung member seofis dan kat bawah tue gambar member juga seofis dan sebilik ku kawen...

Apalah kan melalut..nak kongsi gambar kawan ofis kawen dan bertunang hari tue...


Selamat bertunang Ilah...27.05.2012...

sume cantik cantik...




tahniah..  cantik sangat  Lah

Dua nie paling suka bergambar



 Nie plak majlis Perkawinan Iryanti aka Akaun kat ROSB
27.05.2012

Selamat Pengantin Baru tiey..Moga Kekal Hingga anak Cucu













kamu sangat lah cantik iryanti




tahniah tiey nanti cepat dapat baby ek..
Semoga keduanya berbahagia ke anak cucu hendaknya..amin

mixer baru...

oleh kerana semangat hendak membuat kek dan nak belajar buat kek begitu tinggi, aku dengan memejamkan mata tanpa menoleh ke kiri dan kanan telah membeli sebijik mixer..haha niatnya sudah lama hendak membelinya..namun apakan daya tidak terdaya..mungkin sebab semangat berkobar-kobar melihat page kongsi resepi kat fb..suka sangat tengok gambar-gambar yang diupload kat page tue..sebab tulah telah terjadi edisi membeli sebiji mixer dan juga sebiji oven.


hmm lepas nie akan terjadilah macam-macam idea untuk membuat kek dan roti..nie lah hasilya daripada memejamkan mata tue..hehe cantik kan..


my 4th anniversary....

assalamualaikum......

Tanpa sedari hari nie dah pun masuk tahun keempat ikatan perkahwinan kami...alhamdullilah syukur kerna Allah memelihara lagi keutuhan rumah tangga kami ini...

Buat suamiku terima kasih kerana menjadi suami yang penyayang, memahami, bertanggunggjawab dan mencintaiku sepenuh hati...terima kasih juga kerna menjadi seorang bapa yang penyayang kepada penyeri rumahtangga kita iaitu anak teruna kesayangan kita Muhammad Adam Mikaiel....

Dalam tempoh empat tahun melayari bahtera rumah tangga,sudah banyak benda yang aku pelajari,sudah banyak mengetahui pegorbanan ibubapa kita dahulu, malah banyak pengalaman yang dan onak duri kehidupan yang aku tempuhi...

Semoga ikatan yang kita bina ini akan berkelakalan hingga hujung nyawa...malah ke syurga nanti insyaAllah...





Semoga kasih kita bian akan mekar mewangi selamanya...aminnnn 

Wednesday, May 30, 2012

dipijak pijak....sakit wooo...

assalamualaikum...





baru jer sudah solat dan makan tengah hari....sedih sebenarnya..bila tiba tiba aku kita dijadikan alat untuk menghentam seseorang..mungki Allah nak uji sejauh mana kesabaran aku hari nie..iyalah munkin kita terlupa sesaat  dimana kita pernah mengenakan seseorang..baru lah kita merasa perasaan orang tue bila kita ditempat mereka... sakitkan...

memang sakit walaupun sesudah mereka minta maaf dari kita tapi parut tue masih ada,masih tergiang giang lagi setiap perkataan yang dilemparkan kepada kita.munkin selepas nie kita patut berhati hati bila menyatakan sesuatu agar tiada lagi yang akan terasa dengan kita...

 Bagi aku kalau pun nak mengatakan begitu katalah...tapi bukan kat depan aku dan yang lebih menyakitkan kat depan mereka yang lain...kalau kat belakang aku, aku tak kesah sangat nak mengumpat pun...sesungguhnya memang aku terasa sangat sangat....

Maaf?? ..iya aku pun sudah memaafkan kannya ...Melupakan???... munkin akan mengambil masa atau mungkin akan hilang dengan sendiri nya nanti..

Mungkin Allah menguji ku hari nie...Alhamdullilah Allah teringatkan ku Hari ini dan menguji ku dengan ujian ini.. untuk kawan ku thanks kerna jatuhkan air muka kat kawanku yang lain...


Tuesday, May 29, 2012

hipokrit...

assalamualaikum....

eii aku tak sukanya bila ada orang yang hipokrit..depan kita lain belakang kito lain...dah lah cakap tak supe bikin...itu satu hal...nie lagi lah mimik muka yang memang tak senang ngan kita..dah la sebelum nie okey jer ngan kita...hmm bila kene ngan dia tiba tiba mood dah berubah..

korang pun mesti pernah kan jumpa nga orang cam gini...tambah lagi teman rapat yang sekepala lagi ngan kita..

aduiii...tolong lah wei aku tahu ko memang tak suka ngan idea kami..tapi tolong lah jangan tunjuk sangat keemo an kamu itu...kerana akan ada yang terasa...

Monday, May 28, 2012

hiburan dan ceramah agama...

assalamualaikum....

sekarang nie heboh pasal perhimpunan belia yang dianjurkan oleh kerajaan. Banyak aktiviti sosial yang dijalankan termasuk memangil artis k- pop dan juga semestinya artis artis negara kita...

bagi aku aku tak mahu anak anak aku terutamanya... terdedah dengan benda benda begini..aku benci hiburan yang terlampau walaupun aku tidak alim tapi sekurang kurang aku tidak mahu benda yang sama ini terjadi kat anak anak aku nanti...

kenapalah tidak diadakan program yang lebih ilmiah seperti ceramah motivasi ke ceramah agama  yang semesti nya dititik beratkan...atau program yang lebih membuka minda belia selain daripada hiburan iaitu nyanyi dan dan benda yang melalaikan...

kenapa lah peminpin kita tidak melihat program sedemikian untuk menarik belia...adui atau hanya mengharapkan pembangkan sahaja yang patut mengadakan program tersebut...

Belia sekarang sudah pandai berfikir dan semestiya ramai yang lepasan universiti...

Thursday, May 17, 2012

kuala lumpur oh kuala lumpur....

assalamualaikum...

jalan jalan ke kuala lumpur/selangor memang best...menatap kat sana ohhh...mungkin tidak..
sebenarnya hari tue aku dan family kecil ku ke kuala lumpur untuk menghantar adik ku mendaftar kat uitm shah alam...duk lah kat sana tiga malam gak...

nasib baiklah ada kak ipar yang boeh kami menumpang kalu tak huh memang balik hari terus...kenapa?? aduii kos taraf hidup kat sana tinggi sangat..

ok nie nak cite nk g sesesuatu tempat memang jauh..itu adalah kos minyak..hmm sehari memang boleh habis separuh tangki..lepas tue tol lah plak..yang pun bleh lah habis RM 20.00 hingget sehari..

Makan tok sah cakap serba serbi mahal...nak shoping lagilah tak mampu oiii..nie sebenarnya cite lama tahun 2011 lagi..baru tgk list draft tiba tiba datang idea nak tulis...
















l

ast balik kelantan lagi best..hihi sori lah warga kl kami memang tak betah tinggal disana..



buai laju laju...

assalamualaikum.....

kami (merujuk kepada mummy nga papa ) memang sedaya upaya menunaikan segala permintaan anak anak...cewah "anak2" cam lah ramai anak aku..


Hmm sekarang baru faham perasaan ibubapa kita dulu dulu nak menunaikan hasrat kita yang kadang kadang entah apa apakan....

















bestnya jadi kanak kanak..setiap permintaan akan di penuhi...tapi tgk lah kalu tang diminta tue apakan...

Picnic At Pantai Semerak Tok Bali..

Assalamualaikum..






Aku dan family kecilku memang suka sangat jalan jalan, makan makan, berkelah dan shopping...salah satu aktiviti yang sering kali dibuat tentulah berkelah dan mandi pantai...mikaiel ngan mummy paling seronok mandi papa kurang siket tak tahu kenapa dia memang jarang mandi kalu ke pantai...haha


tgk ombak jelah bang...

mikaiel memang tak sah kalau tak sunburn kalu kepantai...nie gambar nie mikaiel tak mandi sebab aku larang dia mandi sebab nampak ombak besar dan air pantai nya keruh jer aku tengok..aku nak mandi pun kurang selera so kami hanya tengok jer ombak dan pantai sambil makan makan...




sebenarnya niat ke sini ipar aku dan bapa saudara suamiku ingin memancing sebenarya..tapi port tak berapa nak menjadi so tak memancing manalah...

nati nak datang nginap sini lah...









rotiiii.....

assalamualaikum...

Kalu nak tahu...haha baru baru nie aku buat perangai nak meroti ...inilah akibatnya kalu dah suka sangat jalan jalan kat dapur orang lepas tue mulalah terasa gian nak buat jugak..


tak menjadi maklumlah baru belajar


ok oleh kerana aku hantu siket dengan acara masak memasak nie aku pun terbeli bread maker... haha pasal tue nati cite kemudian..nie nak cite pasal aku buat roti...

sekarang senang xpayah nak uli uli...just buh sume bahan dalam mesin tue tgk tgk dah pun siap jadi doh...

resepi nie ambik masa jalan jalan kat dapur che mat gebu http://www.tiffinbiru.com/


first time buat nie..



Sosej Roll

BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung (mat guna susu everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)

BAHAN LAIN :-)
14 batang sosej ayamas
Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)
Bijan untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat di sini.....
3. Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan
...suma nie my hubby leh habiskan...

apam dot dot..

assalamualaikum....

selamat pagi...hmm apam nie sebenarnya dah lama buat tapi belum ada kesempatan lagi nak post pasal entri nie..dulu masa mula mula kemunculan memang kalau boleh hari hari nak buat...tapi skang nak buat kuih nie dah pun terbantut...hehe malas dan banyak kos kene tanggung....

yang nie gambar raya tahun lepas tempahan dari member ofis huhu..layan jelah gambar..nak resepi pun boleh...resepi tak ingat sapa pelapor dia tapi yang ingat ambik kat page kongsi resepi..keepada empunya resepi asal tue saya mintak share kat sini yer...

teriama kasih lah mennghasilkan resepi ini...

Layan...







comel kan..










Resepi nya : -


Apam Dot Dot
 
Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...


Hari ini hari Khamis...

assalamualaikum....

iya hari nie dah pun hari khamis.. 17.05.2012 memang cepat betul masa berlalu kadang kadang memang tak terkejar rasanya...biasa hari khamis bagi aku hari yang paling malas nak kerja..kalu boleh rasa nak g window shopping jer...haha mana boleh kita nie kerja kan so malas ke tak kita kena buat jugak...

Tapi aku kalau dah terasa malas sangat aku akan buka internet apa lagi jelajah blog lah..lepas satu satu aku jelajah..tapi biasanya aku just jadi silent reader jer..malulah nak tinggal komen ke apa...

Blog yang biasa aku singgah tak kira lah blog apapun janji best...yang paling suka tentu tengok blog masakan haha sebab kadang kadang akan adalah resepi yang berkenan..dan juga boleh cuci mata hehehe...

Saja jer nak letak gambar mikaiel windu kat anak mummy yang dah semakin membesar...

..comel kan..



rindu kat puting mikaiel

























Hmm apalah kan melalut pasal hari khamis nie...boring nya windu mikaiel...



Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru...



Assalamualaikum.....

Selamat Hari Guru ku ucapakan kepada Abg Ngahku yang merupakan seorang pendidik...Semoga menjadi seorang guru yang berdedikasi dan disukai oleh murid murid yer....

Tidak lupa juga kepada semua guru guru di Malaysia terima kasih kerana mendidik anak bangsa sehingga berjaya...


Lata Tembakah....

assalamualaikum...

Tak dinafikan Lata Tembakah antara air terjun yang best kat terengganu..air nya yang jernih dan sejuk memang menyegarkan..tapi awas kat sini batu batu licin memang banyak...

Tapi aku xkesah mana batu licin sebab aku mandi kat tempat yang tak dalam..hehe sebab nya gie ngan dak kecik yang memang suka main air cam mummy dia..aku g tiga branak jer..aku tak kisah mane walaupun family aku kecil tapi aku suka sekurang kurang tak der yang nak ngade ngada nak balik awal atau larang aku mandi dan berseronok ngan dak kecil...huhu dapa dak kecil mikaiel lah..papa nga air memang kurang...

Tapi kalu bab makan memang dia juara..haha tapi tak seb baik papa ada tolong ambik gambar dan jaga barang  kalutak memang susah..kan kami bertiga jer...

 ha ape tue mummy? makan jelah mikaiel tok soh byk tye mummy lapar nie....




 kan banyak batu...nie gambar jauh dua yang kecik berdua tue aku dan mikaiel












Nie kami pergi masa awal tahun bulan februari...pagi pagi lagi bangun dan siapkan bekal untuk aku tiga beranak nie...hmm kalu nak tahu kami sesat sebenarnya..nasib baik sampai gak akhirnya....