My Blog List

Tuesday, July 24, 2012

makan besar...

assalamualikum......

Sebenarnya acara nie sebelum puasa lagi.Hari last kerja iaitu hari khamis 19.07.2012...kami dah rancang nak gie makan makan sebelum menyambut bulan puasa so kat sinilah tempatnya...

Melagkah jer masuk terus terpikat dengan suasana kedai walaupun kecik tapi bersih dan menarik..Makanan kat sini pun sedap sedap..kami berenam semua tempah nasi ayam..Air lak macam macam air..memang memikat hati..

Lenkali pergi nanti update menu dia ek...layan jerlah gambar kami...




um cedap tue air batu kacang...



air jagung float dan air batu jagung






saya punyer...
















semua senyum manis blake...boleh makan sedap...hew hew...nati bualan pose nie tak tahulah camner muka sorang-sorang...




besar sudah...


assalamualaikum....

semalam duk tengok tengok gambar lama mikaiel baru sedar anak teruna mummy dah besar rupanya. sudah tiga tahun berlalu dah besar pun anak mummy nie..rindunya tengok anak mummy masa kecil..dengan tubuh montel kiutnya..rindu pulak bila tengok gambar mikaiel merangkak, bertatih,isap puting, hmm rindu sangat...

nampak cam gayanya kene beranak lagi sorang hehehe... sebabnya macam dah lupa saat mikaiel dalam dukungan mummy saat mikaiel atas ribaan mummy...semua tue cepat sangat masa berlalu...

Setahun 1st hati raya boleh berjalan dan pakai baju melayu cute sangat

besau nya peyut.... huhu

masa isap puting...nasib baik umur 2 tahun mikaeil dah berenti  isap..

merangkak lagi time nie...

naik keretapi ke rumah along...

masa mula mula leh jalan







comel anak mummy senyum...




mata bulat...

2nd birthday..anak mummy makin membesar...
Semoga satu hari nanti mikaiel akan menjadi anak yang soleh dan mendegar kata...insya Allah..mummy juga berharap mikaiel berjaya menjadi manusia yang berguna menjadi insan yang berjaya,menjadi anak yang mentaati ibu bapa,menjadi orang yang disegani..InsyaAllah mummy akan sentiasa doa kan yang terbaik untuk anak mummy...amin.







nie masa umur 2 tahun





nie masa  2nd anniversary 
nie lak masa 3rd anniversary mummy dan papa





masuk spital kes keracunan makanan


terbaru 3 tahun...

























besday boy....

selamat hari lahir untuk sepupu my hubby...hmmm sebenarnya aku teringin nak makan kek secret resepi ari tue..mungkin rezeki aku kot bila malamnya mak sedara hubby call suh datang umah dia nak sambut birthday anak teruna dia..

aduii sampai sampai ada kek secret recepi...hahaha seronok wei...tertunailah hasrat hati ku nak makan kalau tak kopak lah poket my hubby kene paksa rela belanja...hehe..

to birthday boy happy birthday semoga panjang umur di murahkan rezeki...dan semoga berjaya dalan hidup ini...amin...


yum yum...



cheese cake apatah nama dia...







besday boi yang duk kat kerusi yang kat tepi tue menyibuk....


tengok dak tecik tue pun menyibuk gak...




cedap nie mummy



tengoklah menyibuk ke tak....





besday boi hanya mampu melihat


tiga kali tiup lilin haha

Hari ke 4 Ramadhan...

Assalamualaikum...


Alhamdullillah hari nie dah pun masuk hari ke 4 puasa..harapnya semua berjalan dengan baik dan penuh keberkatan..korang berbuka ngan apa semalam kami sekeluarga berbuka dengan ikan bakar dan air asam,sayur pedas bayam dan telur ikan goreng...alhamdullilah cukup lah untuk kami sekeluarga besar...

Sebenarnya tak tahu nak cita ape..tapi satni masa duk tengah belek belek gambar ternampak lah gambar nie...




cedapnya....




Hehe bestnya kan panas panas nie pekene air batu campur..saja nak bagi korang terliur di bulan puasa nie haha..Ohh sebenarya ABC nie staff kat tempat I yang belanja thanks Ayeh belanja kami...cedap sangat





Okey lah selamat menjamu mata semua...dan selamat berpuasa dan beribadat..












pelangi senja...

assalamualaikum..

Petang semalam Allah menurunkan hujan setelah agak lama tidak hujan..Alhamdulillah syukur sangat.dengan turun nya hujan suasana yang panas nie menjadi sejuk..pokok pokok pun menjadi subur dengan hujan yang mencurah..Bukan saja Allah hadiahkan hujan tapi Dia hadiahkan pelangi untuk hambanya untuk menunjukan kekuasanya..Subhanallah cantik nya...

 .
.
.
.
.
.










































Monday, July 23, 2012

Puding Roti....

assalamualaikum....



sungguh gebu dan sedap....


Ape khabar semua? nampaknyaa hari nie dah pun masuk hari ke tiga kita berpuasa...cepat nya masa berlalu sekarang nie...mungkin lepas nie sedar sedar eh dah nak raya..hehe suka suka..Hmm camner dengan puasa? Tak kan dah ada yang tinggal?

Semoga kita semua diberikan kesihatan untuk menempuhi bulan yang penuh berkat nie..Semoga segala amalan kita semua akan diberi balasan yang setimpalnya..amin..

Okey lah nak kongsi satu resepi yang sedap..resepi nie aku ambik kat blog masam manis..Blog kak Azlita..blog dia memang superb..suka tengok hasil kerja kak azlita yang menarik dan kemas..gambar masakan yang diambil pun cantik cantik dan berwarna warni..kalau tengok memang terliur habis segala resepi bagai hendak dicuba...





Sebenarnya banyak gak resepi yang ambil kat blog masam manis tapi masih banyak yang belum dicuba..hehe maklum lah bukanya rajin sangat sebenarnya nak mencuba tambah-tambah skill memasak ku kureng..haha tapi tak per janji my hubby suka cukup lah..

Okey lah tak pandai nak menuliss panjang-panjang so mari kita semak resepi...




hmm mengancam...



Sumber: Azlita Masam Manis



Puding Roti


250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream ( tak guna sebab tak der stok )
40 gm gula perang - ita tambah 20 gm lagi
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
100 gm choc chip ( yang nie ganti dengan kismis )
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding


Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga  gunakan  ramekins atau casserole.

Roti di potong kecil
Ita bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila di rendam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.

Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan. 
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya. 
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.


selamat mencuba...