My Blog List

Thursday, November 29, 2012

Monday, November 26, 2012

makan besar....

Assalamualaikum...

Akhirnya tertunailah hasrat perut ku yang nak makan kat Food Village..cimcum tue..cedap sangat dan puas hati kali nie sebab makan sampai tak ingat kat anak dirumah..hehe gie makan nie memang sengaja tak bawak mikaiel..sebab??? huhu mummy kenal anak teruna mummy macam mana..so sebelum tangan mummy tercubit peha mikaiel baiklah mummy tinggal jer kat umah duk ngan nenek...nati bila mikaiel dah tak agresif mana mummy bawak ek..

Melalut..okey untuk pengetahuan semua makan malam nie ditaja oleh Pn.Hazma dan En.Asri aka mak dan bapak sedara my hubby..dia dapat rezeki lebih so dia belanja lah kami semua...So apalagi jom kita serang..
Makan kat sini lebih kepada buffet.Satu kepala RM19.90 untuk dewasa.Kanak-kanak aku tak perasan lah pilak..hehe.Makan kat sini sume ada..makanlah sampai korang pecah perut.

kang macam macam ada...



huhu cadep..



.
.
.

dalam teko tue sebenarnya sup..


stedy jer cek sue..


muka tak sabar nak makan..



aik nampak separuh jer..


yang nie pun...


nielah tukang belanja thanks c'ma len kali belanja lagi



Big boss A.Chik..


Best makan ramai ramai sambil borak borak



Nie section ku...mantop kan..


.
.
.

Muka kenyang...suka hati..
Terlekat kat jalan Pengkalan Chepa..cuma kat sini parking payah siket. Yang Paling best geng kami sampai kul 8.00 kul 10.00 baru kitorang bereder..hehe memang dasyat kan..makan sampai tak igat dunia..Okeylah tue jer.Terima kasih lah belanja kitarang..lenkali belanja lagi..muahaha..

Sunday, November 25, 2012

Lata Tembakah...

Assalamualaikum...

Cuti awal muharam hari tue kami ke Lata Tembakah bersama family ayah ngah mikaiel dan pak dan mak sedara mikaiel..hehe nie kali kedua tahun nie ke Lata Tembakah..huhu seronok..Cuti sekolah macam nie memang best bawak family gie makan angin.

Nasib baik hari kami pergi tue tak ramai orang so boleh mandi dengan aman dan berlama-lamaan.Nak cari tempat port senang tak payah nak berebut dengan orang..

Air kat sini subhanallah jernih dan sejuk sangat...tapi awas kat sini memang banyak batu yang licin.Untuk kanak kanak pun ada tempat yang cetek dan kita ibubapa boleh pantau jer dari jauh  sambil mandi dan main air..aku lah tue..Sampai jer terus terjun dalam air...tak sabar wooo tengok godaan air sungai yang jernih dan sejuk tue...

Sayang nya gambar tak banyak yang diambil sebab suma duk berendam dalam air.

.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.

jernihkan air nya

dalam nie kat tepi tue..kan air dia keler hitam

berkemas mahu pulang sudah...

ayah ngoh..pok sue..mok tie.. adam

muka letih tapi still tersenyum..best mandi manda


Penangan I LOVE YOU STUPID...

Assalamualaikum....

Hai la semenjak baca nover I Love you Stupid perasaan nie selalu jer terbuai-buai dengan kenangan antara Firman dan Iris..hmm terbaru terkagum melihat ciptaan Allah yang sangat cantik...

Tadaaaa..


besar kan...


belum kembang lagi..



Bunga Teratai..cantikan..baru sekarang nie boleh perasan bunga teratai nie cantik rupanya.Kalu dulu tak ambik kisah sangat pun pasal bunga teratai nie.Tapi sekarang tengok bunga nie terus senyum sampai telinga sebabnya teringat firman dan iris..haha memang hebat sungguh karya ka melur jelita nie..

Sekarang gak  baru kenal buah teratai nie macam mana bentuk..ingat nak petik nak cuba rasa camner rasa buah bunga teratai nie.Tapi memandang ini bukan milik ku hehe aku just tersenyum jelah...

.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

buah bunga teratai...
.
lagi

.
.
.
.


.
.
.
.
.








cantik....



nasi ayam..resepi mertua...



Assalamualaikum....





yum yum

lama dah buat sebenarnya nasi ayam nie..cuma dah lama terperap dalam folder nie..hihi masa jer yang tak mengizikan. Maklumlah sibuk jer memanjang...Resepi aku mengadap sendiri tau mentua kesayanganku. Minta tolong dia ajar camner nak buat.

Ini pun sebenarnya request from my lovely hubby nak makan nasi ayam cam mama dia buat...aku nie sebenarnya tak pandai sangat masak memasak nie...hehe setakat campak campak tue boleh lah..

Okeylah tak nak cite panjang panjang jom kite semak resepi nie.

Ayam..

Ayam seekor dikerat 8 dan rebus
4 ulas bawang putih
2 inci halia
kicap secukup rasa
sedikit minyak bijan
sedikit garam

Cara buatnya:-

Mula sekali rebus ayam..lebihkan sikit air rebus tue untuk sup dan nasi
Bila ayam dah masak sikit keluarkan
Kemudian lumur ayam dengan garam, kicap, minyak bijan,
Tumbuk halia dan bawang putih dan perap sekali bersama ayam.
perap selam lebih kurang satu jam atau lebih
*Bahan perap nie jangan buang tau nanti nk guna untuk buat kicap.
Lepas tue boleh digoreng atau pun just masukan dalam oven.



ayam yang dibakar dalam oven








Nasi...

Ikut sukatan family masing2 **
3 ulas bawang merah
2 inci halia
2 daun pandan
sedikit pewarna kuning
rempah 5 sekawan
air rebusan ayam

Cara-caranya :-

mayang bawang merah dan halia ketepikan.
Panaskan kuali kemudian masukkan sedikit minyak dan tumis rempag 5 sekawan tue kemudian masukkan  bawang dan halia yang dah dimayang.
Goreng sehingga bawang layu jer tau. Nanti kalu perang pahit pulak.
Kemudian masukan kedalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa.
Pastikan masukan daun pandan untuk mendapatkan aroma yang wangi.
Dan masukkan sedikit pewarna supaya nasi kita tak pucat tau..


pelengkap nasi ayam...


Sup ayam

2 labu bawang holland di dadu
3 ulas bawang putih di dadu
2 biji kentang dipotong dadu
2 inci halia
1 kiub ayam
rempah 5 sekawan

Cara-caranya:-

Panaskan air rebusan ayam tadi.
masukan ubi kentang yang dah didadu
Masukkan bawang besar dan barang putih serta halia
Masukan juga rempah lima sekawan tue dan kiub
Bila dah mendidih suai rasa masukan pak aji kalu suka dan garam.
Kalu tak masukan pun tak per sebab kuib ayam kan dah ada.


kicap sambal dan sayur taugeh goreng bersama tauhu lembut



Kicap

2 ulas bawang putih
2 inci halia
kicap
sedikit air rebusan ayam*ikut citarasa tau tak pun lebih kurang secawan
garam dan ajinomoto

Caranya:-

Panaskan sedikit minyak
Tumis bawang putih dan halia yang dah ditumbuk halus
Masukan air rebusan ayam tadi dan juga bahan perap ayam tadi
Masukan kicap
Masak hingga mendidih dan masukan garam dan aji ok.












cantik kan nasi nie...kuning manja gitu








Sambal Lada...

Segengam cili merah
2 biji lada besar merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

1 batang serai
*semua bahan diatas diblender
sedikit air rebusan ayam
garam dan ajinomoto

Caranya:-

Panas periuk dan masukan bahan yang telah diblender tadi
Masukan juga sedikit air rebusan ayam
Masak hingga mendidih
Masuk kan garam dan aji
Sedia untuk dihidangkan



daun salad yang segar





sup yang biasa tapi sedap

Tuesday, November 6, 2012

koleksi novel kesayangan...

assalamualaikum...


ehsan cik google..i punya dah hancur ok...




Tiba tiba terasa nak cerita pasal koleksi novel yang baru jer beli dalam minggu lepas..hehe kan ada cerita hari tue dapat durian runtuh..hehe duit kutu..tak banyak  sebab kongsi ngan husband kan.so dapatlah separuh sorang.

Oleh kerana mendapat promosi hebat dari che mat gebu..terus jer terpaut untuk mendapatkan novel nie..maka operasi mencari novel pun bermula...dapat jer duit terus ajak my hubby ke kedai buku..alhamdulillah akhir nya bertemu gak kat Muda Osman Tesco..gembira sangat bila nampak buku ni tersusun bertingkat kat rak buku..sambar satu..novel yang paling memberi kesan dalam banyak-banyak novel yang ku baca... I LOVE YOU, STUPID...karya daripada melur jelita.

Memang terbaik..aku pun tak ingat dah banyak kali khatam..hehe.tak puas rasanya baca penulisan kak melur jelita nie. Terbayang bayang ketampanan Firman dan kecantikan Iris.Keperitan kehidupan di kemboja.Kesederhanaan dan kesusahan hidup Mai tuan, fatimah seluruh penduduk kampung yang dilawati Iris.

Masih lagi terasa dengan kehadiran Matt walaupun wataknya hanya sampingan.Oh paling terkesan dengan kecomelan Ahmad, menitis air mata bila mendapat khabar tentang Ahmad.


Novel nie juga banyak memberi pengajaran tentang kehidupan,keagamaan yang sangat mendalam.Sehingga terasa diri ini ingin berubah kearah yang lebih baik...Insya Allah.

Kalau nak tahu lanjut dapatkan novel nie.Memang tak menyesal membacanya.Buat kak melur jelita terima kasih menghasilkan novel nie.Semoga terus berkarya.