My Blog List

Sunday, December 9, 2012

Ayam Goreng Marjerin

Assalamualaikum...






Apa khabar semua, harap semuanya sihat hendaknya..semoga hari hari yang kita lalui berjalan dengan penuh rahmat dan keberkatan dariNya.

Okeylah hari nak cerita pasal lauk yang telah pun dihadam..haha iye nie lauk hari sabtu hari tue. Resepi dapat masa blog walking kat hana's family Hana's Family...bila tengok cara penyedian yang tersangat simple terus hati terkenan kenan..hehe apa lagi terus jer print resepi dan alhamdulillah sedap sangat,

Tapi sebebnarnya ku tersilap letak gula kat dalam bahan perap.Boleh aku tertukar baca serbuk kari dengan gula.Haha nasib baik ok jer.Sedap pun sedap sebab isi ayam tua ada rasa manis2. Serbuk kari memang tak bubuh tapi aku bubuh serbuk lada.Okey jer kita yang buat dia kan. hik hik..

Buat tuan punya resepi terima kasih banyak banyak dan mintak halal yer. so jom lah semak resepi.





sedap makan dengan nasik panas...








RESEPI CREAMY BUTTER CHICKEN
sumber :
 selera dapur kita

Bahan-bahan
Bahan untuk perap

·                     250g ayam boneless
·                     1 sudu kecil garam
·                     1 sudu kecil serbuk kari ayam
·                     1 sudu besar tepung - hana guna tpg jagung / dah guna tepung gandum biasa sebab tak tpg jagung
·                     1 biji telur
Bahan menumis

·                     2 sudu besar mentega
·                     2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan
·                     1-2 tangkai daun kari segar
·                     1/4 cawan heavy cream - hana guna susu cair/ Dah guna whipping cream hehe
·                     1/4 cawan air suam
·                     1 sudu besar gula - hana ltk 1/2sk je
·                     secubit pati ayam
·                     secubit garam & lada sulah secukup rasa
  • 3 ulas bawang putih*tambah

Cara-cara

·                     Perap ayam minima 1 jam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
·                     Panaskan kuali, cairkan mentega.
·                     Tumis cili padi,bawang putih dan daun kari hingga naik bau
·                     Tuangkan cream dan air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain
·                     Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
·                     Tuang atas ayam goreng tadi. (atau jika suka boleh gaul terus ayam dlm gravy)
·                     Hidang segera dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus dll













No comments:

Post a Comment