My Blog List

Wednesday, January 30, 2013

Saturday, January 26, 2013

Somtam Betik...

Assalamualaikum.....









Ingat kan susah nak buatnya..rupanya senang jer..hehe tue lah pasal orang suruh cuba buat dulu baru tahu susah ke senang sesuatu pekerjaan tue kan. Kalau rasa senang alhamdulillah kalau susah kene usaha sampai berjaya.


Apalah yang membobel.Sebenarnya nak letak resepi somtam betik yang diajar oleh mentua kita semalam.. okey lah check it out...


Somtam Betik..

Sumber :Mertuaku..



masam manis pedas....cukup rasa...




Bahan Bahan :-

Buah betik*
Udang Kering*cuci dan toskan airnya
Limau Nipis
Sos Ikan
Kacang Tanah yang sudah dogoreng*
Cili Api
Kangkung

Tomato
Bawang Putih

*Segengam yer sukatan untuk sekali tumbuk*

Caranya :-

Parut betik secara memanjang. Ambil Segengam kacang,segengam udang kering cili padi tiga biji nak pedas tambah lagi dan dua ulas bawang putih.Tumbuk kasar. Kemudian hiris tomato dan masukkan perahan jus limau nipis serta sos ikan.tumbuk lagi kemudian masukan gula 2 sudu makan gaulkan dalam buah betik yang diparut tadi. Lebih kurang dua gengam lah buah betik tue. Kemudian cuba dulu aper yang tak cukup dan tambah lah ikut sedap rasa masing masing yer.


yum..yum..


Tomyam Sardin.....

Assalamualaikum....





tomyam sardin....



Hari nie saje jer masak sardin lama dah rasanya tak makan sardin..hehe aku kalu makan sardin mesti kene lawan dengan telur mata cicah kicap yang kita letak cili potong dan bawang... yum yum lauk macam nie pun nasi boleh bertambah.. huhu macam manalah kan body tak naik.... " - -"

Sama lah my hubby pun suka lauk gini...dia lagi teruk makan lagi banyak..tak ingat dunia hahaha...

okey lah tak nak melalut panjang panjang jom tengok resepi yang tak seberapa nie...


Tom yam Sardin....
Resepi : Ciptaan sendiri








1 tin sardin kecil ayambrand
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah
2 biji cili kering* dipotong dan dibersihkan
3 biji cili padi* kepedasan ikut selera
3 helai daun limau purut
1 batang serai dititik
2 keping asam
sedikit perahan jus limau
sedikit sos ikan
garam dan ajinomoto
1 biji buah tomato
sedikit bunga kubis
1 labu bawang holand yang dipotong bulat

*semua yang bertanda kat atas sila kisar yer,

Caranya

Mula-mula sekali goreng ikan sardin hingga garing
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan tadi tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Masukkan 2 cawan air dan asam keping.
Setelah mendidih masukkan bunga kubis,tomato,serai dan sos ikan serta jus limau.
Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Suai rasa kemudian hidangkan.
Siap...




sedap makan ngan nasi panas...








Hehe selamat mencuba rasanya tanpa resepi pun korang dah boleh buatkan..alah bukan nya payah pun...sardin jer kan...


Mikaiel Demam....

Assalamualaikum...

Anak terunaku demam lah lagi...pembukaan tahun baru dengan demam..ciannya anak mummy...tapi..hehe ada hikmah mikaiel demam,agresif dia kurang siket...oh bukan kurang siket tapi sangat sangat banyak.. mikaiel hanya nak baring atas katil jer..tak banyak kerenah...

Bukan suka anak mummy demam cuma kalau mikaiel demam memang macam tue tak banyak kerenah.Pendek kata mummy boleh rehat kalau mikaiel demam. Cuma satu jer mummy bimbang mikaiel susah nak makan ubat,Tiap kali nak makan ubat mesti kene paksa.. hmm cian nya



nak bergambar pun tak mahu....








Semoga cepat sembuh yer sayang mummy...

Selamat Tahun Baru 2013.....

Assalamualaikum....

Rasanya dah terlambat nak ucap selamat tahun baru untuk semua..tapi tak per lah aku nak ucap jugak hahaha....

So aper azam tahun baru korang? hehe ke azam tahun lepas tak tertunai lagi...aku? hmm rasa nya dah malas nak berazam azam nie..mana mana yang terasa nak berazam tue tulah azam tahun baru aku..haha aci tak??

Hmm tahun nie sebenarnya banyak benda yang bermain kat fikiran nie..maklum lah kereta bulan februari nie dah habis bayar. Hajat dihati bila kereta dah habis bayar aku nak cari rumah pulak...

Moga moga Allah murahkan rezeki aku...amin...

Okeylah itu saja..