My Blog List

Wednesday, September 29, 2010

rumah terbuka raya ketiga...

Setelah dua tahun aku kawen dengan my lovely hubby aku nie,setiap kali raya mesti lebih belah dia jer...hehe nie kalau dia terbaca musti kecik ati..tapi sori bang nie memang luahan ketidak puasan hati saya...tapi saya hepi jer kan raya ngan family abang..

Ok nak cite pasal rumah terbuka mak saudara belah hubby i yang boleh dikatakan tiap2 tahun dia buat..hmm apa yang aku suka bila dia buat rumah terbuka nie banyak makanan yang best dia buat..Sebab nya a.chik tue chef dan mentuaku pulak tukang masak yang paling teror lah bab masak memasak nie...

Tapi sebelum buat rumah terbuka nie aku antara golongan orang akan penat berada di dapur..nak buat macam mana anak dara dia ada tapi aku macam pelik sebab tak der pulak dia nak suruh anak dia menolong kat dapur...Aku ingat masa aku anak dara dulu kalau tak menjejak kaki ke dapur time nak buat majlis begitu jawab nya memang kene leteran lah..hmm budak zaman skang kot..tapi bagi aku,aku rasa tak patut sangat dengan memanjakan anak dengan cara begitu.. sebab nya..

  1. Nanti bila kawin tak pandai masak sebab tak penah belajar masak
  2. Pas nie tak der dah orang leh masak masakan dulu2 sebab malas nak masuk dapur time mak kat dapur ank dara kita tengah syok layan fb.
  3. Tak patut sebab majlis tue kan rumah kita takkan nak suh org lain buat keje kita.
  4. Nati anak dara kita jadi malas,tak pandai masak dan tak kenal segala benda yang ada kat dapur tue..
So aku rasa tak salah rasanya nak mintak tolong anak dara kita tolong menolong kat dapur supaya nanti tidak lah dia terkial-kial nak masak bila dah tua nanti..Lagipun tue dah menjadi kewajipan kita sebagai orang perempuan tuk teror siket- siket pasal ilmu kedapuran nie..

hari raya...




nampak nya syawal akan berakhir..baru hari nie ada mood nak cita pasal raya tahun nie..raya tahun nie lain siket sebab pertama raya kat umah.So banyaklah persiapan raya dapat buat tahun nie..Tapi macam tahun lepas raya kat umah sendiri tak sampai pun dua jam dah kene pergi rumah mentua..Sebab nya mentua i asyik tepon tanya anak dia bila nak balik rumah?uish ada lah jugak perasaan tak puas hati..Hmm tapi nak buat macam mana kans..





Tapi takper lah sebab raya tahun nie dapat makan sate dengan puas hati..sebabnya semua rumah yang kitarang pergi buat sate..menu lain ada jugak tapi yang menjadi pujaan hatiku hanyalah sate..aha sampai hubby i cakap nampak muka i hepi jer sebab dapat makan sate dengan banyak..

itu jelah kot..nati lah pikir nak tulis ape lagi..ni gambar raya untuk tatapan sume...

Tuesday, September 14, 2010

hari raya...



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin....Macam mana raya tahun nie? Best kan? Haha memang best lah dapat makan macam-macam.Hmm apa tema baju raya korang tahun nie? Aku sefamily kecilku warna biru.Ini pun last minit tau baru beli .Bantai jelah janji nampak kebiruan dia walaupun mikaiel dan papanya memang sah sedondon..

Hmm sangat seronok berhari raya dapat makan yang sedap-sedap dan jumpa kawan-kawan serta saudara mara yang jauh.Paling best dapat makan sate dengan banyaknya..sebab suma rumah saudara mara belah hubby aku ntah pakat ke apa semua buat sate..haha memang best dapat makan dengan banyaknya...

Raya tahun nie gak aku ada buat open house..tak ajak ramai just saudara mara dan kenkawan tempat kerja..tapi sayang tak leh nak download gambar sebab tak sempat nak snap gambar tengok-tengok suma dah habis..

Hmm okey lah selamat hari raya...

Thursday, September 9, 2010

hari terakhir ramadhan..

Hari nie hari terakhir ramadhan pada tahun nie.Aku skang kat ofis tengah tunggu masa nak balik je..hehe seronok nya esok kita semua umat islam akan menyambut hari raya..Wahhh seronok nya.Tak sabar nak balik wei ari nie sekerat ari je..kul 1 dah boleh balik.

Aktiviti lepas balik dari ofis nie ingat-ingat nak balik tukar langsir, nak tukar sarung kusyen, nak kemas rumah dan macam-macam lah.Hmm malam raya nie pulak nak iron baju raya mummy papa dan mikaiel..Sungguh seronok yer perasaan masa nie rase macam tak sabar jer nak berhari raya esok.

Malam siket pulak nak ke pasar borong Wakaf Che Yeh nak meramaikan lagi orang kat sana..Tak lah nak cari tudung dan samping untuk anak teruna ku.Rasa nya papa pun tak beli lagi songkok.Okey nati beli sekali..

Jalan kat depan ofis nie kan main lagi jammed maklumlah sang perantauan dah mula balik.Dan hasil nya trafik kat KotaBharu nie jammed giler..Nie mesti kes buat persiapan last minit dan aku juga macam korang juga..haha

Okey lah esok raya so Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua.Harap raya tahun lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lepas.

P/S : Sila berhati-hati dijalan raya.Dan ingatlah mereka yang tersayang sedang menuggu kepulangan anda.

Wednesday, September 8, 2010

duit raya bajet...


Iya sebab ape dikatakan duit raya bajet? Sebab tahun nie duit raya memang dibajet sebab sudah terlebih bajet.hmm duit raya tahun nie hanya untuk anak saudara ku yang tiga orang tue dan jugak untuk sepupu ku yang dekat-dekat jer...maksud nya mana-mana sepupu ku yang datang raya kat rumah je lah yang dapat duit raya yer...



Duit raya tahun nie aku tukar tak banyak cukup lah ala kadar je.Asalkan ada sudah lah.Hehehe tapi tahun nie aku berazam nak kutip duit raya banyak-banyak untuk mikaiel : )

berjimat cermat amalan best...

Wah raya datang lagi...Gumbira nya rasa bila nak sambut hari raya.Sampai berbelanja pun tak ingat dunia..Abis ingat akhirat ker??wah itu sudah bagus dapat lah pahala semasa membeli dan membelah tue yer...

Aku dan raya? Rasa nya tahun nie disambut dengan biasa-biasa jer.Untuk mikaiel dah belikan sepasang baju melayu,sepasang baju t-shirt,dan sepasang kasut dan tak lupa gak sepasang baju yang di beli oleh mama tok dia.Wah sakan nya mikaiel.Budak-budak tak per beli baju banyak siket dia baru jer nak merasa pakai baju baru tue.Kalau yang dewasa tue sila berjimat yer lepas raya ni korang masih lagi nak guna duit kan??Jangan sampai pinjam ngan makwe atau pakwe lah, nak lagi parah pinjam ngan parents korang..uih itu sudah tidak seronok..

Kalau boleh... kalau boleh lah kalau tak boleh lantak kau lah... haha gurau jer, berbelanja nie mesti mengikut kemampuan sendiri.Jangan tengok atas kemampuan orang lain contoh nya member kau beli 4 pasang baju raya kau pun nak jugak, kau kene pikir member kau tue keje bank tak per, gaji dia banyak siket berbanding kau yang kerja sebagai seles girl jer.

Satu lagi aku nie lebih suka berbelanja dengan tidak berhutang.Atau dengan kata lain beli time ada duit jer.Kalau lah gaji ko lambat masuk bulan nie tapi ko ada nak beli benda yang tak penting mana, contohnya lipstik kau sanggup ke berhutang? Korang memang sanggup kans? Hmm tapi time nak bayar hutang tue korang sanggup ke bayar tepat masa gaji korang masuk? hehe mesti tak kan?sebab korang dah ada list lain pulak untuk berbelanja.Kan baik korang tabah kan hati kuatkan semangat tunggu hingga gaji masuk.

Terutama masa nak raya macam ni mesti macam benda hendak beli.Kalu boleh semua nak yang baru.Baju baru, kasut baru, lipstik baru, pendek kata semua baru lah.Nie semua boleh mendatangkan kekeringan akaun bank korang.Apa kata korang list lah dulu sebelum beli, katakan awal puasa ari tue dah beli kasut baru cuba kuatkan semangat tak payah beli kasut raya dah lagi pun baru lagi tue.Kan kat situ dah boleh jimat untuk satu item.

Tapi melainkan korang memang mempunyai duit dan simpanan yang lebih, seharusnya korang berbelanja sakan untuk raya tahun nie supaya korang boleh berhari raya dengan gumbira dan orang cakap raya sakan.Haha aku tak kesah pun sebab bukan aku yang menanggung segala perbelanjaan korang..

Kalau ada yang kering lepas raya nie jangan arap lah yer nak pinjam dengan aku, sebab aku pun kering jugak.. - __ - "

pemergian ramadhan...

Hmm nampak nya ramadhan semakin meninggalkan kita.Insya Allah tahun depan kalau ditakdirkan panjang umur kita akan jumpa lagi dengan bulan yang paling berkat diantara bulan-bulan yang lain.Camner dengan puasa korang? Amal ibadah korang?Moga-moga Allah menerima segala amalan kita pada bulan ini dan menganjarkan pahala kepada kita semua...Amin...

Aku?? Bulan puasa tahun nie tak berpeluang sembahyang terawikh.Alasan nya?? sebab dah ada mikaiel kan..huhuhu itu adalah alasan semata-mata..entah rasa nya tahun lepas pun banyak miss alasan nya sebab mengandungkan mikaiel..apalah punya alasan.Kalau dah malas tu terus terang je lah.haha memang la orang lain tak tahu apa jua alasan kita tapi hakikatnya Dia maha mengetahui segala nya.

Entahlah kalau nak beralasan memang macam-macam alasan yang akan kita bagi.Padahal sembahyang terawikh nie hanya setahun sekali saja, pulak tue hanya 30 hari jer.Perkara baik nie lah yang selalu jer punya banyak alasan.Sibuk dengan anak, letih la, tak larat nak berdiri sebab tok iman baca ayat panjang2 lah.Macam -macam alasan tak logik dikeluarkan.

Tapi pernah tak terfikir kalau nak pergi shopping barang raya tue tak lah pulak bagi alasan letih ke, ape ke..Siap boleh tawaf satu supermaket pulak tue tak der pulak mengeluh lenguh kaki.Boleh pulak bawak anak round supermaket.Kalu jalan jam siket pun still tak per lagi sebab nak berjalan nak tengok gelagat orang nak beli baju,nak beli biskut macam-macam ah..

Tahun depan entah kita berpeluang lagi atau tidak hanya Allah saja yang mengetahui nasib kita.Dan sebagai manusia kita selalu menyesal disaat-saat akhir begini.Tapi biasa nya kekesalan ini akan terhapus dengan sendiri bila Allah memberi nikmat kepada kita dengan berhari raya sakan dengan gumbiranya..

Semoga Allah memberi hidayat dan mengampunkan kita semua umat yang selalu alpa dengan dunia yang sementara.Moga-moga Allah buka kan pintu hati kita untuk rajin beribadat kepadaNya pada hari-hari yang mendatang dan bukanya sehingga ramadhan menjelma semula.Insya Allah...

P\S : Ini adalah peringatan untuk diri sendiri yang leka dari menunaikan tanggungjawab kepada Nya..

Tuesday, September 7, 2010

makan banyak....tak mau jalan...



mikaiel... oh mikaiel... semenjak sembuh demam ari tue mikaiel sangat lah berselera sekali dengan makanan..nasi yang semangkuk sekarang nie dah jadi dua mangkuk..roti gardenia perisa vanila atau jagung habis dia tibai sebijik..kalau dulu nak habis sebijik pun susah skang nie macam tak cukup lah pulak...

hehe...dah pandai mengamuk kalau bagitahu makanan yang disuap kat mulut dia dah habis..terus jer guling guling sambil menangis.Perangai macam nie entah belajar ngan sapa entah..Time tengah menaip nie pun mummy senyum sensorang bila teringat perangai anak teruna mummy nie..


Ari tue papa dah bawak balik dua kotak kek apollo untuk anak dia..haha buat lah tak cukup lagi mikaiel nanti papa bawak balik satu lori pulak..nanti mummy pun boleh tumpang sekaki.. mummy nak makan siket pun rase macam tak sanggup jer takut mikaiel mengamuk..tapi tak per mummy suka bila tengok mikaiel makan tak menyempat jer kadang-kadang pakai bantai jer ambik ngan mulut roti kat tangan mummy..salah mummy pun lambat sangat bertindak..



suka sangat bila mummy tak hulur lagi nak suap mikaiel dah pum buka mulut...patut lah skang nie berat semacam jer bila mummy dukung..umm bila lah mikaiel nak boleh jalan sendiri? Tak payah mummy dukung dah..bukan mummy rase menyusah tapi mikaiel tue bila dukung nak turun kat bawah..kalau dah boleh jalan mummy lepas jer mikaiel jalan-jalan.

hmm nati bila dah boleh jalan mummy akan tanya bila lah mikaiel nak boleh berlari?? haa masa tue memang tak terkejar lah mummy...

kenangan raya...

yeah raya....hari paling best untuk diraikan sama ada dengan yang tersayang dengan family atau pun dengan kengkawan..kalau cakap pasal raya mula-mula mesti terbayang baju raya..pas tue kuih raya..pastu hidangan hari raya cam ketupat,rendang,satey,soto,lontong,nasi dangang, kuzi ayam dan roti jala hmm pendek kata macam-macam lah hidangan hari raya kan...hmm satu lagi yang paling hot jugak ialah rumah terbuka..kalau kat sini lagi banyak menu hari raya...oppss terlebih sudah...

back to the topic..okey nie nak citer pengalaman raya masa kecik-kecik dulu..dulu sebelum puasa baju sume dah hantar kat tukang jahit bimbang nanti tak sempat siap...berbanding ngan skang nie ramai yang ambik jalan mudah dengan beli yang sudah siap..okey kalu masa kecik tue baju raya mesti simpan elok-elok dalam almari kalau try pakai pun malam jer sebab takut geng-geng nampak kan tak surprise plak..

hmm raya dulu xmacam raya sekarang, dulu hari raya ramai-ramai bawa geng g raya dari satu rumah ke satu rumah..kutip duit raya, makan-makan,jalan-jalan sambil ketawa ngan geng.tapi bila tengok budak-budak sekarang nie bila raya jer terus jer lekat kat depan tv..nak ajak pergi raya rumah sedara mara pun tak nak.. okeh skang nie kan pengaruh tv lebih kuat nak buat camna kan bila tiba time raya terus stesen tv siarkan citer-citer yang best untuk tontonan umum..rugi lah jadi budak-budak sekarang macam dah tak der feel dah nak berhari raya..sungguh tidak seronok..

pastu raya dulu mesti pasang pelita nak bagi terang kawasan tambah lagi nak senang untuk main bunga api..sekarang nie pulak orang xpakai dah pelita minyak tanah orang pakai pelita elektrik ngan lampu lip lap lip lap jer... hmm cantik bukan tak cantik tapi semangat dia tue macam kureng siket..

okey sebagai seorang perempuan aku tak terlepas dari dipaksa mengambil aktiviti mengemas rumah, buat kuih raya siket-siket..dulu mak ayah susah, aku kan ramai adik beradik jadi kene berjimat persiapan raya pun ala kadar jer..haa yang nie lain siket skang nie aku dah keje so persiapan raya nie kira cam best lah siket..

Oohh..kalu nk cite pasal raya nie banyak lah pulak..setakat nie lah dulu aku pun dah xlarat nak taip banyak-banyak nie..kang citer panjang2 boring lak..