My Blog List

Sunday, July 22, 2012

ayam cencaluk...

assalamualaikum...

sedap nie...
Resepi nie dah lama sebenarnya print..ambik kat blok cmg.mula mula tengok memang terus berkenan.So hari sabtu tue baru berkesempatan lah nak buat resepi nie.Sebab nya hari khamis hari tue dah pun beli semua bahan nak masak ayam nie..

Memang sedap sangat.Rasa masam dan pedas tue memang terangkat habis..Sampai my hubby pun puji cakap ayam nie sedap.Sekali rasa seakan akan paprik tapi yang lebih menyedapkan ayam nie ialah cencaluk..




Hmm..memang meleleh lah air liur..bau dia pun semerbak ngan daun limau purut dan perahan limau kasturi..okey lah sapa sapa nak cuba memang tak menyesal punya...


Untuk pengetahuan semua resepi asal nie ambik kat blog cmg dapur tanpa sempadan... mintak halal yer tuan punya resepi..memang terbaik lah..

okey jom lah kita semak resepi sama sama..tak rugi buat nie..



AYAM CENCALOK
Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 600 g dada ayam, potong sedernana kecil
  • 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
  • 3 helai daun limua purut
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 2 camca besar gula
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...



No comments:

Post a Comment