My Blog List

Sunday, July 22, 2012

kek keju mangga

assalamualaikum...

Kek nie sebenarnya kek hari jadi mikaiel...oh selamat hari lahir yang ketiga buat anak teruna mummy..semoga menjadi seorang anak yang soleh, berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna.mummy doakan mikaiel akan menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi seorang anak yang sentiasa mengenang pengorbanan  mummy dan papa...




selamat hari lahir sayangku...




Oppsss...banyak terlebih emo. Sebenarnya nak share resepi kek yang tersangat lah mudah untuk disediakan..Dan juga sedap yum yum...masam dan manis dari buah mangga memang menambat hati..resepi nie ambik dekat dapur che mat gebu..terima kasih lah yer kerana share resepi yang sedap dan ringkas nie..mintak halal yer saya share kat sini... oklah tak nak cakap bayak jom semak resepi..




Kek keju Mangga

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marrie perisa biasa (mat guna 150 gram sahaja)
100 gram mentega tanpa gara (unsalted butter), cair dan sejukkan
1 genggam kepingan badam, goreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan
250 gram cream cheese
60 gram gula kastor
2 biji buah mangga, satu kisar halus, satu lagi didadu kasar
1 1/2 camca besar gelatin halal
125 ml air suam
1 kotak kecil whipping cream (200 ml), disejukkan
1/2 camca teh esen mangga (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Patah2kan biskut marie tadi dan tumbuk halus atau masukkan dalam food processor dan kisar, tambah kepingan badam tadi, dan kisar sekejap hingga rata dan badam hancur. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dikepal (mentega cair tu cukup2 saja). Tuang ke dalam springform tin berukuran 8 inci, ratakan dan tekan hingga padat. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Putar cream cheese bersama gula kastor hingga sebati. Masukkan kisaran buah mangga tadi dan putar sebati. Dalam belas lain, putar whipping cream hingga kental (bila nampak kental saja dah ok, kalau anda putar lagi, nanti ia akan berubah menjadi cecair). Masukkan ke dalam adunan keju dan gaul rata dengan kaedah kaup balik. Tambah juga esen mangga, jika guna.
  3. Sementara itu bancuh gelatin dengan air suam, kacau rata hingga gelatin bersatu. Jika masih tidak larut, anda masukkan bekas berisi gelatin tadi dalam bekas yang berisi sedikit air panas, , kacau hingga rata. Biar sejuk sedikit dan boleh tuang ke dalam bancuhan keju tadi, gaul rata2.
  4. Masukkan 1/2 mangga yang didadu tadi. Gaul rata2 dan tuang dalam tin. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk hingga kek membeku. Keluarkan kek dari tin, dan hias dengan baki mangga tadi. Hidangkang.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk mengeluarkan kek dari tin, anda gunakan tuala dapur bersih, celup dalam air suam, perah sedikit dan tekap bahagian luar tin tadi, buat sekeliling tin. Perlahan2 longgarkan ensel tin. Insya Allah dengan mudah kek akan keluar. Jika ada bahagian tepi kek yang tidak licin, anda boleh kemaskini dengan pisau yang kita layur atas api sekejap dan ratakan pada bahagian kek yang kurang menarik... Selamat mencuba!!..




No comments:

Post a Comment