My Blog List

Monday, October 22, 2012

Piala Malaysia Milik Kelantan lagi..

Assalamualaikum....



ehsan cik google...





Wah tajuk memang best...sekarang kan musim hujan memang best..Alhamdullilah kerana KELANTAN sekali lagi menjuarai Piala Malaysia...Tahniah kepada semua pemain dan mereka yang terlibat yang telah mengerah seluruh tenaga bagi memastikan piala Malaysia sekali lagi dibawa pulang ke Kelantan.

Kepada penyokong TRW tahniah kerana menunjukan sikap setia dan cinta kepada Negeri tercinta..semoga tahun depan akan menjadi milik kita lagi..

Insya Allah....

Sediakan Payung....

Assalamualaikum...

Nampaknya musim tengkujuh dah pun bermula..semenjak hari khamis ari tue lagi hujan sekejap berhenti lepas tue hujan balik..aduii memang susah nak kering kain bila tiba musim hujan nie...Kat kelantan nie bila jer tiba bulan oktober memang dah petanda akan hujan sampai lah akhir tahun..

Tapi kalu ikutkan tahun lepas tak der banjir besar banjir kecik pun tak sebab hujan tak seperti tahun nie.Tahun nie memang dah 5 hari matahari tak menjengukkan diri asyik mendung pastu mencurah hujan turun...huhu aku suka hujan boleh jalan jalan tengok air..tapi paling tak best baju tak kering dan lembab pastu hapak lah pulak...

Bagi mereka yang tinggal dikawasan banjir dinasihatkan mengambil langkah berjaga jaga. Kalu boleh standby simpan barang barang berharga kat tempat yang selamat dan tinggi. Awasi kanak kanak jangan sampai ada yang hilang nyawa akibat bermain banjir..



ehsan cik google


oklah tue jer..