My Blog List

Sunday, March 13, 2011

journey to kedah..



nilah pertama kali aku dan suami kesayanganku makan angin yang jauh...ke kedah tue.... dengan menaiki kereta sendiri yer..tujuannya ialah nak meraikan sepupuku (lelaki ) kawin dengan orang kedah..aku yang memang tak pernah jalan jauh pada mulanya tak sedap hati sebab hubby ku tak pernah bawa kereta jauh-jauh secara solo....

Aku bukan aper tak pasti sangat keadaan kereta ku...larat ke dia nak daki bukit nie...adusss memang tensen lah memikirkan perjalanan yang akan kami tempuhi...

hmm tapi aku percaya kat hubbyku...memang kepercayaan ku berbaloi kerana bukti nya aku masih lagi boleh menceritakan perjalananku ini...hahaha..

Nielah tempat yang wajib singgah setiap kali ke utara...suka sangat udara kat sini sejuk setiap kali angin bertiup..cam kat cameron highland jer..


cantik kan pemandangan kat sini...



mummy dan mikaiel berpossing..



pengantin baru...ensem

makan gulai kat kedah..

peristiwa nie berlaku dah lama dah sebenarnya...oleh kerana mood blogging dah lama pudar so tak derlah nak post ape-ape entri kat sini...nie baru lah ada mood siket...okey nak citer pasal gie majlis kahwin sepupuku kat kedah masa cuti tahun baru cina ari tue...

hmm...majlis yang meriah sekali kedatangan kami disambut dengan dentuman bunga api.huhu sampai aku terkujut-kejut dengar dentuman bunga api yang kuat..peliklah sebab kebiasan kat kelantan kedatangan rombongan disambut dengan paluan rebana ataupun dengan selawat,,tapi kat sana dengan mercun bola tue..waduh perit woitt telingaku...

kemudian sekali lagi kami dikejutkan pula dengan hidangan untuk para rombongan..menu nya ialah ikan keli goreng,gulai rebung,dan acar pulur pisang..wahaha..memang tak kene langsung dengan selera kebanyakan rombongan pihak kami..

tapi aku okey jer sebab ikan keli dah memang febret kan benda lain tak kat tepi jer..huhuhu maka banyaklah suara sumbang yang kedengaran tidak puas hati kerana kebanyakkan dari kami nie tak makan lauk-lauk tersebut..aku bukan nak mengomen lebih-lebih sebab nati takut ada yang terasa..macam kat kelantan biasa nya lauk yang dihidangkan ialah gulai daging,ayam,ikan kering tak pun ikan bilis pedas.sekurangnya mereka yang tidak makan daging akan beralih kepada lauk lain...kesian pulak mereka yang datang jauh-jauh dari kelantan terpaksa mencari kedai makan pula..

huhu apapun itu adalah tradisi dan adat negeri masing-masing...buat pengantin baru semoga berbahagia ke anak cucu yer...
assalamualaikum......


semalam hari bersejarah buat pak sedara suami ku..tahniah buat a.sue kerana akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang yang terlalu panjang...huhuhu...semoga cepat-cepat menimang cahaya mata yer..

walaupun semalam hujan tak renti-renti tetapi majlis tetap berjalan dengan lancar dan sangat meriah sekali...entah apalah nasib si pengantin hujan tidak berhenti dari pagi hinggalah selesai majlis..semua para jemputan memang basah lah semalam..

okey nak citer siket pasal warna tema majlis semalam..biru you...warne peberet ku..dari khemah yang menempatkan hidangan untuk para jemputan hingga lah ke pelamin pengantin warna biru dan putih menghiasi tempat ini....cantik sangat..makanan pun sedap..kurma ayam,gulai daging dan acar timun serta ikan kering dan agar sebagai pencuci mulut...tapi sayang tak sempat nak snap gambar sebab hujan beb ...hujan membatsai pergerakan ku dan juga mikaiel yang asyik duk menangis-nangis memang menyukarkan pergerakkan ku....

apapun tahniah buat a.sue kerana akhirnya dapat gelaran suami....


majlis akad nikah malam sebelum kenduri..


senyum jer pengantin yer..




cantik...


saat-saat ijab kabul...


sah menjadi suami dan isteri... eh budak cibuk termasuk gak dalam gambo nie..



majlis bersanding di pihak perempuan...




sebahagian hantaran daripada pihak perempuan


sama cantik sama sepadan...


majlis bersanding di rumah mentua ku... hijau you..




acara memotong kek...






tamat
semoga berbahagia ke anak cucu...
aminn....