My Blog List

Monday, August 16, 2010

nak berniaga tapi....





Dalam kepala batu ku nie banyak sangat perancangan yang hendak di buat terutama masa bulan ramadhan nie.Salah satu nya nak meniaga popiah ikat dengan inti serunding ikan dan juga karipap kecik, jugak berintikan serunding ikan yang di buat oleh ibu ku..kiranya home made lah yer bukan beli kat mana-mana pasar ek..

Tapi rase macam ada masalah lah pulak iaitu dari segi nak pasarkan produk yang ingin ku jual tue.Wah macam bisnes besar-besaran je.Hehe tapi itu yang menjadi faktor kurang semangat nak meneruskan niat murni ku itu.Nak menumpang letak kat gerai adik ipar ku rase cam kurang sambutan lah pulak.Nak jual kat ruang maya nie ku baru berkecimpung dalam alam maya.


Hmm tak per usaha tangga kejayaan.Ya Allah kuatkan lah semangat ku untuk mencari rezeki yang halal di bumi Mu ini.Amin..

Ini kerana ku yakin gak popia yang ibu ku buat memang best lah.Eceh promote lagi..dengan harga RM 3 untuk 40 biji memang murahkan? : ) Lagipun ku letak dalam bekas tapewear yang cantik lagi.Ala takkan itu pun korang nak berkira kan??

Suami ku pun kan main lagi memberi galakkan untuk berniaga nie.Cuma ku jer yang tak yakin ngan diri sendiri. Caiyukkk!!!

belum try belum tau....

No comments:

Post a Comment