My Blog List

Thursday, September 9, 2010

hari terakhir ramadhan..

Hari nie hari terakhir ramadhan pada tahun nie.Aku skang kat ofis tengah tunggu masa nak balik je..hehe seronok nya esok kita semua umat islam akan menyambut hari raya..Wahhh seronok nya.Tak sabar nak balik wei ari nie sekerat ari je..kul 1 dah boleh balik.

Aktiviti lepas balik dari ofis nie ingat-ingat nak balik tukar langsir, nak tukar sarung kusyen, nak kemas rumah dan macam-macam lah.Hmm malam raya nie pulak nak iron baju raya mummy papa dan mikaiel..Sungguh seronok yer perasaan masa nie rase macam tak sabar jer nak berhari raya esok.

Malam siket pulak nak ke pasar borong Wakaf Che Yeh nak meramaikan lagi orang kat sana..Tak lah nak cari tudung dan samping untuk anak teruna ku.Rasa nya papa pun tak beli lagi songkok.Okey nati beli sekali..

Jalan kat depan ofis nie kan main lagi jammed maklumlah sang perantauan dah mula balik.Dan hasil nya trafik kat KotaBharu nie jammed giler..Nie mesti kes buat persiapan last minit dan aku juga macam korang juga..haha

Okey lah esok raya so Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua.Harap raya tahun lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lepas.

P/S : Sila berhati-hati dijalan raya.Dan ingatlah mereka yang tersayang sedang menuggu kepulangan anda.

1 comment: