My Blog List

Tuesday, September 7, 2010

kenangan raya...

yeah raya....hari paling best untuk diraikan sama ada dengan yang tersayang dengan family atau pun dengan kengkawan..kalau cakap pasal raya mula-mula mesti terbayang baju raya..pas tue kuih raya..pastu hidangan hari raya cam ketupat,rendang,satey,soto,lontong,nasi dangang, kuzi ayam dan roti jala hmm pendek kata macam-macam lah hidangan hari raya kan...hmm satu lagi yang paling hot jugak ialah rumah terbuka..kalau kat sini lagi banyak menu hari raya...oppss terlebih sudah...

back to the topic..okey nie nak citer pengalaman raya masa kecik-kecik dulu..dulu sebelum puasa baju sume dah hantar kat tukang jahit bimbang nanti tak sempat siap...berbanding ngan skang nie ramai yang ambik jalan mudah dengan beli yang sudah siap..okey kalu masa kecik tue baju raya mesti simpan elok-elok dalam almari kalau try pakai pun malam jer sebab takut geng-geng nampak kan tak surprise plak..

hmm raya dulu xmacam raya sekarang, dulu hari raya ramai-ramai bawa geng g raya dari satu rumah ke satu rumah..kutip duit raya, makan-makan,jalan-jalan sambil ketawa ngan geng.tapi bila tengok budak-budak sekarang nie bila raya jer terus jer lekat kat depan tv..nak ajak pergi raya rumah sedara mara pun tak nak.. okeh skang nie kan pengaruh tv lebih kuat nak buat camna kan bila tiba time raya terus stesen tv siarkan citer-citer yang best untuk tontonan umum..rugi lah jadi budak-budak sekarang macam dah tak der feel dah nak berhari raya..sungguh tidak seronok..

pastu raya dulu mesti pasang pelita nak bagi terang kawasan tambah lagi nak senang untuk main bunga api..sekarang nie pulak orang xpakai dah pelita minyak tanah orang pakai pelita elektrik ngan lampu lip lap lip lap jer... hmm cantik bukan tak cantik tapi semangat dia tue macam kureng siket..

okey sebagai seorang perempuan aku tak terlepas dari dipaksa mengambil aktiviti mengemas rumah, buat kuih raya siket-siket..dulu mak ayah susah, aku kan ramai adik beradik jadi kene berjimat persiapan raya pun ala kadar jer..haa yang nie lain siket skang nie aku dah keje so persiapan raya nie kira cam best lah siket..

Oohh..kalu nk cite pasal raya nie banyak lah pulak..setakat nie lah dulu aku pun dah xlarat nak taip banyak-banyak nie..kang citer panjang2 boring lak..

No comments:

Post a Comment