My Blog List

Monday, December 6, 2010

mandi hujan...

sekarang mikaiel semakin agresif dan selalu jer nak meneroka benda-benda yang baru..dan sekarang nie kan musim hujan kat pantai timur..memang anak terunaku ini sangat suka bermain dengan air walaupun air tue sekadar air susu yang dia sengaja tuang daripada botol susunya..memang menirap siap sambil tangan dikuis lebih kurang cam nak berenang jer..hehe

memang dia tersangat obses dengan air..ntah lah gamaknya sebab masa mengandungkan dia aku memang suka sangat main air..ingat lagi masa mengandung 5 bulan lebih-lebih kurang aku pergi berandam dan main air kat taman tema tambun kat perak..lagi aku suka jer pergi mandi pantai walaupun time tue perutku memboyot jer..dan paling ekstrem mandi kat jeram pasu masa tue dah nak sampai bulan aku still lagi boleh panjat batu-batu sampai lah kat kawasan air terjun..huhu

memang sume tengok terkejut aku dengan perutku mandi disitu..tapi tak per my hubby ada jer kat tepi tengok tengok kan aku takut terlebih air pulak...ok terlebih dah..mungkin dari situ kot mikaiel skang nie memang suka sangat dengan air...oleh kerana terlampau minat dengan air ku dengan rela hati membiarkan anak ku main hujan hehe..seronok sangat tengok mikaiel mandi hujan...nasib baik tak demam tapi takper kalau mikaiel demam mummy bawa gie klinik..asalkan mikaiel suka jer main ngan air hujan sambil angkat tong cat tok ku yang dah kosong..memang gagah macam badang jer mummy tengok..suka sangat tengok mikaiel yang bulat tue tergedik gedik main dalam lopak air...tak per mummy memang tak kisah janji anak mummy leh belajar dan leh main dengan sukanya...

No comments:

Post a Comment