My Blog List

Monday, February 4, 2013

Ayam Cencaluk....

Assalamualaikum...




Untuk makluman nie kali kedua buat resepi nie...hehe (- -)' sebabnya mengidam nak makan benda yang masam masam yer..oppssss jangan nak buat kontroversi disini haha..saja jer tiba tiba datang perasaan mengidam nie...

Resipi asal nie aku dapat masa selongkar dapur CMG aka che mat gebu..semua resepi dia kat dalam tue best best dan simple..Memang mudah dicuba bagi mereka yang baru belajar memasak. Kalu nak tengok resepi lain yang best sila ke dapur che mat yer kawan kawan..

Okeylah tak melalut panjang panjang jom intai resepi...Untuk che mintak halal yer saya share resepi anda kat sini.


sedap..rugi tak cuba..
 AYAM CENCALOK
Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 600 g dada ayam, potong sedernana kecil
  • 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
  • 3 helai daun limua purut
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 2 camca besar gula
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...









No comments:

Post a Comment