My Blog List

Wednesday, September 8, 2010

berjimat cermat amalan best...

Wah raya datang lagi...Gumbira nya rasa bila nak sambut hari raya.Sampai berbelanja pun tak ingat dunia..Abis ingat akhirat ker??wah itu sudah bagus dapat lah pahala semasa membeli dan membelah tue yer...

Aku dan raya? Rasa nya tahun nie disambut dengan biasa-biasa jer.Untuk mikaiel dah belikan sepasang baju melayu,sepasang baju t-shirt,dan sepasang kasut dan tak lupa gak sepasang baju yang di beli oleh mama tok dia.Wah sakan nya mikaiel.Budak-budak tak per beli baju banyak siket dia baru jer nak merasa pakai baju baru tue.Kalau yang dewasa tue sila berjimat yer lepas raya ni korang masih lagi nak guna duit kan??Jangan sampai pinjam ngan makwe atau pakwe lah, nak lagi parah pinjam ngan parents korang..uih itu sudah tidak seronok..

Kalau boleh... kalau boleh lah kalau tak boleh lantak kau lah... haha gurau jer, berbelanja nie mesti mengikut kemampuan sendiri.Jangan tengok atas kemampuan orang lain contoh nya member kau beli 4 pasang baju raya kau pun nak jugak, kau kene pikir member kau tue keje bank tak per, gaji dia banyak siket berbanding kau yang kerja sebagai seles girl jer.

Satu lagi aku nie lebih suka berbelanja dengan tidak berhutang.Atau dengan kata lain beli time ada duit jer.Kalau lah gaji ko lambat masuk bulan nie tapi ko ada nak beli benda yang tak penting mana, contohnya lipstik kau sanggup ke berhutang? Korang memang sanggup kans? Hmm tapi time nak bayar hutang tue korang sanggup ke bayar tepat masa gaji korang masuk? hehe mesti tak kan?sebab korang dah ada list lain pulak untuk berbelanja.Kan baik korang tabah kan hati kuatkan semangat tunggu hingga gaji masuk.

Terutama masa nak raya macam ni mesti macam benda hendak beli.Kalu boleh semua nak yang baru.Baju baru, kasut baru, lipstik baru, pendek kata semua baru lah.Nie semua boleh mendatangkan kekeringan akaun bank korang.Apa kata korang list lah dulu sebelum beli, katakan awal puasa ari tue dah beli kasut baru cuba kuatkan semangat tak payah beli kasut raya dah lagi pun baru lagi tue.Kan kat situ dah boleh jimat untuk satu item.

Tapi melainkan korang memang mempunyai duit dan simpanan yang lebih, seharusnya korang berbelanja sakan untuk raya tahun nie supaya korang boleh berhari raya dengan gumbira dan orang cakap raya sakan.Haha aku tak kesah pun sebab bukan aku yang menanggung segala perbelanjaan korang..

Kalau ada yang kering lepas raya nie jangan arap lah yer nak pinjam dengan aku, sebab aku pun kering jugak.. - __ - "

No comments:

Post a Comment