My Blog List

Tuesday, November 6, 2012

koleksi novel kesayangan...

assalamualaikum...


ehsan cik google..i punya dah hancur ok...




Tiba tiba terasa nak cerita pasal koleksi novel yang baru jer beli dalam minggu lepas..hehe kan ada cerita hari tue dapat durian runtuh..hehe duit kutu..tak banyak  sebab kongsi ngan husband kan.so dapatlah separuh sorang.

Oleh kerana mendapat promosi hebat dari che mat gebu..terus jer terpaut untuk mendapatkan novel nie..maka operasi mencari novel pun bermula...dapat jer duit terus ajak my hubby ke kedai buku..alhamdulillah akhir nya bertemu gak kat Muda Osman Tesco..gembira sangat bila nampak buku ni tersusun bertingkat kat rak buku..sambar satu..novel yang paling memberi kesan dalam banyak-banyak novel yang ku baca... I LOVE YOU, STUPID...karya daripada melur jelita.

Memang terbaik..aku pun tak ingat dah banyak kali khatam..hehe.tak puas rasanya baca penulisan kak melur jelita nie. Terbayang bayang ketampanan Firman dan kecantikan Iris.Keperitan kehidupan di kemboja.Kesederhanaan dan kesusahan hidup Mai tuan, fatimah seluruh penduduk kampung yang dilawati Iris.

Masih lagi terasa dengan kehadiran Matt walaupun wataknya hanya sampingan.Oh paling terkesan dengan kecomelan Ahmad, menitis air mata bila mendapat khabar tentang Ahmad.


Novel nie juga banyak memberi pengajaran tentang kehidupan,keagamaan yang sangat mendalam.Sehingga terasa diri ini ingin berubah kearah yang lebih baik...Insya Allah.

Kalau nak tahu lanjut dapatkan novel nie.Memang tak menyesal membacanya.Buat kak melur jelita terima kasih menghasilkan novel nie.Semoga terus berkarya.

No comments:

Post a Comment