My Blog List

Sunday, November 25, 2012

nasi ayam..resepi mertua...



Assalamualaikum....





yum yum

lama dah buat sebenarnya nasi ayam nie..cuma dah lama terperap dalam folder nie..hihi masa jer yang tak mengizikan. Maklumlah sibuk jer memanjang...Resepi aku mengadap sendiri tau mentua kesayanganku. Minta tolong dia ajar camner nak buat.

Ini pun sebenarnya request from my lovely hubby nak makan nasi ayam cam mama dia buat...aku nie sebenarnya tak pandai sangat masak memasak nie...hehe setakat campak campak tue boleh lah..

Okeylah tak nak cite panjang panjang jom kite semak resepi nie.

Ayam..

Ayam seekor dikerat 8 dan rebus
4 ulas bawang putih
2 inci halia
kicap secukup rasa
sedikit minyak bijan
sedikit garam

Cara buatnya:-

Mula sekali rebus ayam..lebihkan sikit air rebus tue untuk sup dan nasi
Bila ayam dah masak sikit keluarkan
Kemudian lumur ayam dengan garam, kicap, minyak bijan,
Tumbuk halia dan bawang putih dan perap sekali bersama ayam.
perap selam lebih kurang satu jam atau lebih
*Bahan perap nie jangan buang tau nanti nk guna untuk buat kicap.
Lepas tue boleh digoreng atau pun just masukan dalam oven.



ayam yang dibakar dalam oven








Nasi...

Ikut sukatan family masing2 **
3 ulas bawang merah
2 inci halia
2 daun pandan
sedikit pewarna kuning
rempah 5 sekawan
air rebusan ayam

Cara-caranya :-

mayang bawang merah dan halia ketepikan.
Panaskan kuali kemudian masukkan sedikit minyak dan tumis rempag 5 sekawan tue kemudian masukkan  bawang dan halia yang dah dimayang.
Goreng sehingga bawang layu jer tau. Nanti kalu perang pahit pulak.
Kemudian masukan kedalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa.
Pastikan masukan daun pandan untuk mendapatkan aroma yang wangi.
Dan masukkan sedikit pewarna supaya nasi kita tak pucat tau..


pelengkap nasi ayam...


Sup ayam

2 labu bawang holland di dadu
3 ulas bawang putih di dadu
2 biji kentang dipotong dadu
2 inci halia
1 kiub ayam
rempah 5 sekawan

Cara-caranya:-

Panaskan air rebusan ayam tadi.
masukan ubi kentang yang dah didadu
Masukkan bawang besar dan barang putih serta halia
Masukan juga rempah lima sekawan tue dan kiub
Bila dah mendidih suai rasa masukan pak aji kalu suka dan garam.
Kalu tak masukan pun tak per sebab kuib ayam kan dah ada.


kicap sambal dan sayur taugeh goreng bersama tauhu lembut



Kicap

2 ulas bawang putih
2 inci halia
kicap
sedikit air rebusan ayam*ikut citarasa tau tak pun lebih kurang secawan
garam dan ajinomoto

Caranya:-

Panaskan sedikit minyak
Tumis bawang putih dan halia yang dah ditumbuk halus
Masukan air rebusan ayam tadi dan juga bahan perap ayam tadi
Masukan kicap
Masak hingga mendidih dan masukan garam dan aji ok.












cantik kan nasi nie...kuning manja gitu








Sambal Lada...

Segengam cili merah
2 biji lada besar merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

1 batang serai
*semua bahan diatas diblender
sedikit air rebusan ayam
garam dan ajinomoto

Caranya:-

Panas periuk dan masukan bahan yang telah diblender tadi
Masukan juga sedikit air rebusan ayam
Masak hingga mendidih
Masuk kan garam dan aji
Sedia untuk dihidangkan



daun salad yang segar





sup yang biasa tapi sedap

No comments:

Post a Comment