My Blog List

Saturday, January 26, 2013

Tomyam Sardin.....

Assalamualaikum....





tomyam sardin....



Hari nie saje jer masak sardin lama dah rasanya tak makan sardin..hehe aku kalu makan sardin mesti kene lawan dengan telur mata cicah kicap yang kita letak cili potong dan bawang... yum yum lauk macam nie pun nasi boleh bertambah.. huhu macam manalah kan body tak naik.... " - -"

Sama lah my hubby pun suka lauk gini...dia lagi teruk makan lagi banyak..tak ingat dunia hahaha...

okey lah tak nak melalut panjang panjang jom tengok resepi yang tak seberapa nie...


Tom yam Sardin....
Resepi : Ciptaan sendiri








1 tin sardin kecil ayambrand
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah
2 biji cili kering* dipotong dan dibersihkan
3 biji cili padi* kepedasan ikut selera
3 helai daun limau purut
1 batang serai dititik
2 keping asam
sedikit perahan jus limau
sedikit sos ikan
garam dan ajinomoto
1 biji buah tomato
sedikit bunga kubis
1 labu bawang holand yang dipotong bulat

*semua yang bertanda kat atas sila kisar yer,

Caranya

Mula-mula sekali goreng ikan sardin hingga garing
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan tadi tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Masukkan 2 cawan air dan asam keping.
Setelah mendidih masukkan bunga kubis,tomato,serai dan sos ikan serta jus limau.
Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Suai rasa kemudian hidangkan.
Siap...




sedap makan ngan nasi panas...








Hehe selamat mencuba rasanya tanpa resepi pun korang dah boleh buatkan..alah bukan nya payah pun...sardin jer kan...


No comments:

Post a Comment